Assalamualaikum semua! Harap semua khabar baik? Kalau ada yang tak, sabar ye? InsyaAllah ada hikmah!
Berbalik pada tajuk kali ni, iolls nak borakkan pasal pegangan umat islam zaman sekarang. Al-maklum, kita ni mulut je mengaku percaya al-quran dan sunnah tapi nak faham, nak baca, hampeh. Kan?
Allah ada berfirman dalam surah Al-Zukhruf, ayat 36-37;
"Barangsiapa berpaling dari ajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), kami akan adakan baginya syaitan yang menyesatkan maka syaitan itulah yang menjadi peneman dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu bakal menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk"
Nauzubillah min zalik! Zaman sekarang dah terlalu banyak ajaran-ajaran baru yang kononnya diakui datang dari Allah sedangkan dari awal lagi didalam alquran telah mengatakan, Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir yang diutuskan Allah ke dunia bagi penyebaran Islam dan Al-Quran kitab terakhir dihantar melalui baginda SAW sebagai penyuluh jalan bagi umat islam (terutama bagi yang tak sempat jumpa Baginda SAW). Kalau dah kata kitab terakhir maknanya Al-Quran kitab yang lengkaplah kan? Dah kata untuk dijadikan panduan hidup ye dak? Takkanlah manual nak pasang meja bagi dekat customer tak lengkap? Tak jadi mejalah mcam tu gayanya kan? Lagi pula, siapa kita nak buat penambahan atau pembaharuan dalam hukum hakam Allah dekat dunia ni? Kita sendiri ni pun Dia yang ciptakan sebaik-baik bentuk, ada hati nak melangkaui kemampuan Dia? Nauzubillah!
Balik pada topik, iolls sedar kesilapan kita zaman la ni, kita malas membaca. Semua harapkan orang suap. Tak cukup lagi, kita malas nak ambil peduli. Entah betul atau tak, kita pun main sambut je apa yang disuapkan, betul tak? Tahu tak, dalam Al-Quran tu tak ada apa yang tak ada. Sebaik-baik manual Allah hantar pada kita untuk pilih mana baik mana buruk dalam hidup ni. Sunnah pula contoh terbaik, sunnah siapa? Sunnah baginda junjungan umat islam, Nabi Muhammad SAW! Sebab? Dia sebaik-baik contoh seorang mukmin.
Allah SWT juga ada berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 52;
"Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya serta takut dan bertaqwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat KEMENANGAN"
Sengaja iolls tekankan perkataan "kemenangan" itu sebab ada maksud bermakna sebalik penggunaannya sebenarnya. Dalam Islam, kemenangan sebenar itu membawa maksud; berjaya mendapat tempat di syurga Allah kelak. Pasaipa pulak? Pasai, hidup manusia dekat dunia ni tak lain dan tak bukan untuk mengabdikan diri kepada Allah! Bukan pasai untuk makan sedap, berjaya capai cita-cita duniawi, jadi kaya, dipandang tinggi, tapi untuk sembah Dia;
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembahKu" -Surah Al-Zariyat, ayat 56
Rasanya itu saja buat entri kali ni, harapkan bermanfaat. Mohon disebarkan agar juga bermanfaat pada yang lain. Sekian dahulu, sesungguhnya segala yang molek datang dari Allah dan yang sebaliknya tu dari saya yang hina ni.
Jazakallahu khayr!

No comments:
Post a Comment