Friday, 20 June 2014

Faedah Bersangka Baik

Assalamualaikum uolls sekalian, harap semua dalam keadaan sejahtera! Tapi kot kalau ada yang tak berapa sejahtera, sabarkan hati insyaAllah ada hikmah tu.

Post kali ini nak cakap pasal kenapa kita digalakkan sentiasa bersangka baik. Menariknya topik ni bagi iolls sebab iolls baru saja diuji dengan situasi berkaitan sangka buruk ni tapi Allah sahaja tahu hikmah sebalik kejadian kan? Redha jelah.

Banyak sebenarnya faedah apabila kita bersangka baik ni tau dak? meh kita tengok balik apa faedahnya;

Dengan bersangka baik boleh elakkan penyakit hati malah dengan izin-Nya kita pula bakal dikurniakan nikmat lebih baik tanpa disangka tau! Nak tau caranya? Haaaaaa, bila kita bersangka buruk dalam hati cepat-cepat sangkal dengan sangkaan baik pula lepastu doakan yang baik-baik bagi pihak sana. Pelikkan kenapa dah sangka buruk kita kena doakan dia pula? Sebab, dengan mendoakan kebaikan buat orang lain, malaikat akan mendoakan yang sama bagi pihak kita. MashaAllah, siapa taknak didoakan kebaikan bagi mereka oleh para malaikat yang tak pernah berbuat dosa tu? Mustajab tau doa mereka! Haa, apa lagi? Amalkan tau!

Bukan tu je, dengan bersangka baik boleh mengelak daripada persengketaan tau lebih teruk lagi putus silaturrahim (Nauzubillah). Kenapa boleh jadi teruk begitu sekali? Sebab apa apabila terlalu banyak sangat sangkaan butuk terhadap seseorang boleh menyebabkan penyakit hati iaitu salah satunya, iri hati. Kita ni manusia bila iri hati nanti adalah niat memburukkan pihak sana lepastu nanti bakal berlakulah pergaduhan tak puas hati sana sini, ish ish minta jauh ye? InsyaAllah

Last sekali, bila kita bersangka baik dengan orang beerti kita bersangka baik dengan Allah! MashaAllah, dengan bersangka baik pada Allah saja dah boleh dapat pahala tau? Taknak ke? Daripada bersangka buruk dapat dosa, tak cukup dosa tambah sakit hati lagi! Ish, tak bestlah hidup macam tu kan?

Sebenarnya banyak lagi sebab-sebab kukuh untuk kita sentiasa bersangka baik dalam kehidupan, insyaAllah jika diizinkan Allah kita sambung lagi ye?

Harapnya post kali ini bermanfaat untuk semua. Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya yang hina ini.

Assalamualaikum & jazakallahu khayr!

No comments:

Post a Comment